Sahabat

by - November 19, 2016

Assalamualaikum korang.

Hari ni nak bercerita sangat-sangat pasal kawan. Korang pernah dengar tak kata-kata atau quote..

"Persahabatan yang berlarutan lebih 5 tahun akan kekal selamanya"


Pernah tak? Pernah tak weh? Kalau tak pernah, anggap jela tu kata-kata hikmat daripada aku. Halal eh? HAHAHAHA! Nak dijadikan cerita, aku kenal minachi 3 orang ni daripada sekolah rendah lagi. Masa darjah 6 aku masuk kelas 6 Cemerlang. Macam mana lah boleh tercampak kelas paling bijak ni, aku pun tak pasti. Tapi aku memang kurang berkawan. Yeke? HAHA!

TIPUJE GAISS.

Aku punya gelak boleh dengar daripada ground floor (kalau kelas aku dekat tingkat 1, ko rasa?). Cuma aku biasa makan sorang, lepak sorang-sorang, stalk abang pengawas (masa aku darjah 5) dekat library. Eh. Maka datanglah 3 orang ni mengacau-ngacau sampailah kitorang jadi kawan baik, aku dapat role tukang habiskan bekal makanan orang (Matul). Mak Matul masak sedap gila...eh, ke sebab aku dapat makan free. Haha! Makcik-makcik ni memang bijak dan banyak tolong aku yang blurr namatey masa tu. Penyabar sangat weh, lagi-lagi Matul. Sobs! Thanks weyy sabar dengan aku dulu.  
HAHA!
 Kitorang kawan setahun (2006) sebelum berpisah mengikut haluan masing-masing. 

Magik.

Tak ada gadget power pun masa tu, not connected even on Friendster, Myspace semua tapi alhamdulillah kitorang tak lost contact. Masa result UPSR keluar tak reti lagi nak sambut ke apa, lepas PMR kami sambut kejayaan kami. Dulu tempat favourite untuk lepak Midvalley Megamall lah. Rasa style lah dapat lepak situ kan. Masa tu masing-masing straight A's student. HAHA.



Kamera Matul berjasa baq hang! Tengoklah muka pun budak-budak lagi dengan fesyen entah apa-apa. Ade aku kisah? In kot zaman hakak dolu-dolu. Pheww~ 

Oh masa tu zaman dimana shawl baru famous amos. HAHAHAH. Goshh, lawak lah. 
Paling kiri tu Izzatul, Halimatul, aku (takkan tak oerasan kot oii) dan Syahira. Daripada sekolah rendah aku kawan dengan geng-geng Hot Stuff rupanya. Sis baru perasan. Masa sekolah menengah emm emm stay low rasanya. Masuk Universiti kawan dengan Hot Stuff semula. Kebetulan je okay. Mak tak pilih pun kawan-kawan ni, janji setia dan jujur cukuplah. 




Ni zaman kini punya reunion. Okaylah makin cun dan trendy dan muslimah. Eh semua adalah. Paling penting, sayang sangat dengan sekor-sekor ni. Boleh cerita semua benda kat dorang walaupun dorang tak faham pun aku paksa jugak faham. Kah4. Background mostly askor, ku cepuk kalau tak faham jugak eh. Hiks! (Missing Syera on Jad's Open House 2016)



Ni pula geng Universiti. Cantik kan? Cantik dan pandai okay? Sorang bijak Maths, sorang bijak like almost everything and helped me during my foundation year. Bersyukur sangat jumpa dengan dua bidadari ni dekat Universiti. Hee, Thanks Sofea dan Balqis!

Tbh, I'm really glad to be friends with all of them regardless of my not-so-awkward vibes. They still do accept me for who I am. Thanks sweeties. Love ya from the bottom of my heart!💓


♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

1 thoughts