• Home
  • About
  • Page
    • Beauty
    • Foodies
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Twitter Instagram Facebook Pinterest

Our Galaxy

Assalamualaikum and Hello peeps!

Hari ni aku nak bercerita pasal keinginan untuk mengunyah dim sum oleh kami bertiga iaitu aku, Ain dan Kak Liya. Gigih mencari dekat Insta ape semua maka terjumpalah restoran ni. Masa nak cari restoran ni agak pening jugalah. Padahal tak reti pakai Waze kan. HAHAHA!

Macam biasa, Kak Liya paling gigih antara kami bertiga tengok Waze sambil driving. We salute you Kak Liya! 😝😝😝 Ain menjadi co-pilot dan aku? Aku jadi third wheels KAH KAH KAH!
Tak laaahhhh. Aku jadi pemerhati DAN penganalisis Waze supaya tak terlepas jalan.

Sesampai kami di restoran ni, kami pilih semua dim sum yang terdapat dalam buku menu. Dim sum dia semua murah jugaklah berbanding yang aku makan di Dolly Dim Sum dan rasanya okay sikit sebab kurang penambah perasa iaitu Monosodium Glutamate (MSG) yang buat aku pening lalat on the spot!

Harga untuk setiap dim sum adalah RM3.70 sebekas. Tak ingat pulak nak snap gambar menu kan? Okay mungkin lain kali yeaaa. Tapi untuk minuman dekat restoran ni sis boleh bagi 2 bintang sahaja. Mahaiiii gedebak! Semua berharga RM8.90 kalau tak silap aku. Menyesal gila sebab pilih air Limau ais je. Ceh! Jom kita tengok gambar-gambar masa kitorang melantak dekat sini :)


Yahh, 10 bekas untuk kami bertiga sahaja. Sos cicah dia biasa-biasa aja. Suasana restoran best, berkayu-kayan gituh. Sebenarnya restoran ni specialised untuk steaks and western foods, dim sum ni adalah produk baru untuk restoran dorang. Kami decide untuk makan dim sum je sebab lepastu nak pergi makan tempat lain lagi. Mihmihmih~
NEXT RESTAURANT? Nantikan pada entri seterusnya✈



Deeb dan muka menahan lapar. Dalam hati meronta-ronta nak ngap. Hiks!



My babies right here! Oh macam biasa Kak Liya tak habis makan. Hahahahahhahha.

Okay babe, till we meet again. XOXO


♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
No thoughts
↢Assalamualaikum↣

Lama gilaaa tak menaip kat sini. Selalu merapu meraban dekat Twitter jeee. Hiks!
Korang boleh follow jugak tauu, klik je button T sebelah kanan sidebar ni okay?

Btw, belakangan ni aku ada jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan dengan Ain and Kak Liya. Buat apa? Haaa, diorang ni lah geng Jalan Jalan Cari Makan aku sekarang.


Okay aku mulakan dengan memperkenalkan dua manusia yang penting jugalah dalam hidup aku kaaaannnn.

Inilah dia Ain Nadhira Chan 😜



Oppppss, inter frame pulek kan. Maafin aku ya Ain. Dulu ingat Ain tak mesra alam. Silap okay, aku yang tak mesra alam ghopenyee Wkakakakaaa! Sekarang, best buddy en tolonglah mengaku best buddy👊 *Thanks selalu cover aku, muahh loads 💋💋💋



Ini pula Kak Liya. Makcik comel yang suka makan tapi selalu tak habiskan. Geram tau! HAHA.


Eh, korang pandang tuan dalam gambar tu ke desert tuu?
Sabar sabar, ni hakak kasi close up baik punya.


See see, terliur tak? Kitorang pesan 3 flavors iaitu....
➼ Mango Snow Ice RM24
 ➼Green Tea Snow RM24
➼Blueberry Cheese Snow Ice RM26


Secara keseluruhan aku bagi ⭐⭐⭐⭐ !!!!

Memang puas sangat makan, sampai brain freeze pun still nak habiskan. Serious-shit punya cerita okayy tak tipu. Ni bukti dia, aku stop makan kejap tengah jalan. Hahahahah


Because I believe I can finish them. Take five and CONTINUUUEEEEE!!!!

Mine was Mango Snow Ice. Mango BESAR BESAR dan BANYAKKKK OKAYY! Dig and dig until the last pieces of mango slices. Dengan ice yang sangat macam snow (walaupun tak pernah rasa snow tu cemana ennn hahah) tapi serious ice dia halus dan lembut tambah dengan ice cream, susu and mangoo goshh sedap gila. Thanks Hanbing Korean Desert for coming to Malaysia. Takyah susahkan diri terbang ke Korea semata-mata nak merasa desert ni. Kah!

Eh lupa nak cakap, bagi peminat tegar Uji Matcha (Green Tea) aku suggest sangat pilih yang Ain pilih ni. Penuh nikmat rasa Green Tea tu ditambah dengan Mochi lembut and kacang merah...yang tak gemarkan kacang merah (macam aku) pun terjebak jugak weh. Tak terlalu manis dan tak terlalu pahit. Just nice. Love Love!

Then last one, choosen by Kak Liya was Blueberry Cheese Snow Ice. Ini sesuai untuk orang yang sukakan rasa manis. Dalam manis manis dia tu terselit Blueberry yang seimbangkan rasa desert ni. Cheesecake dia? Goshh I loikkkkeeeee! Sedap sangat. Shaved Ice dengan Hanbing ni memang sangat halus dan macam lambat cair. Tapi bila masuk mulut, wahhhh terus cair dan rasa desert tu memenuhi mulut kita. Heaven of deserts!

Korang yang nak rasa desert ni boleh la kunjung ke ...


Hanbing Korean Dessert Cafe (Hanbing IOI City Mall)LG-75, West Wing, IOI CITY MALL, IOI RESORT CIT

or


Hanbing Korean Dessert Cafe (Bangsar)
33, Jalan Telawi 3, Bangsar


or


Hanbing Korean Dessert Cafe (Subang Jaya)
Ground Floor, SS15 Courtyard Subang, Jalan SS15/4G



♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
No thoughts
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


A proud Malaysian living in Kuala Lumpur. 27 years old and sweet tooth also but not your sweet girl. Definitely talking a lot about my personal thoughts and beauty.

Own by B

find me here

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

FOLLOW MY BLOG




follow | dash

Our Journey

Daisypath Anniversary tickers

Wislist

Dean List
Iphone
Perform Hajj
Travel with love

Categories

  • Life
  • Love
  • Skin Care
  • Travelog
  • advice

recent posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

  • ►  2021 (2)
    • ►  July (2)
  • ►  2017 (19)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (6)
    • ►  January (2)
  • ▼  2016 (8)
    • ▼  December (2)
      • Toowoomba Deli & Meats (Steak House)
      • Hanbing Korean Desert Cafe
    • ►  November (5)
    • ►  August (1)

Sponsor

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates