Broken Promises

by - 6/07/2017

Janji. 

Satu perkataan yang cukup besar, membentuk pengharapan seseorang yang tidak berbelah bagi kepada individu tersebut. Apa yang patut kau fikir sebelum memberi JANJI? Fikirkanlah tentang kepercayaan mereka terhadap kamu. Fikirkanlah kesan jangka panjang terhadap seseorang oleh kerana janjimu itu. Soal dirimu, mampukah kamu menunaikan janji itu? Jangan sampai menjadi seorang munafik. Usahakanlah untuk memenuhi janjimu itu, kerana gagalnya kau memenuhi janji itu bakal melemahkan kepercayaan seseorang terhadapmu. Kerana gagalnya kau memenuhi janjimu itu, menunjukkan bahawa kau tidak mengambil berat akan tanggungjawabmu itu.

Mampukah kau berjanji? Fikirkanlah.

Image result for janji



You May Also Like

0 thoughts