Nak cakap sikit.. Sikit je okay? Kalau korang suka resepi yang simple, maka blog aku sesuai sangat dengan korang sebab aku sendiri pun memang pencari resepi mudah simple like A, B, C.
Sebelum aku balik Kelantan minggu lepas, aku ada cuba buat donut. Ya Allah sangatlah mudah beb! Aku jumpa resepi ni daripada blog Kak Aida kita ni. Haaaaaa.
Ni aku retype resepi akak ni yer supaya lagi mudah korang faham.
DONUT GEBU TANPA ULI
Penyediaan bahan-bahan :
Bahan A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
**campurkan bahan A dan biarkan kembang
Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
**ramaskan bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
Proses bermula :
1. Campurkan bahan A dan bahan B, gaul sehingga sekata.
2. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup!
**WARNING : Adunan memang lembik TAPI jangan memandai tambah tepung tau!
Siap warrning gituhh.. HAHA
3. Lepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
4. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap..
5. Ambil sedikit tepung untuk terap acuan (agak lembut tau doh masa ni)
6. Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.
Aku tak sempat snap gambar proses buat donut ni tapi masa menggoreng ada lah. SUMPAH lembut walaupun masa tu aku terlupa nak tumbuk-tumbuk doh tu (dah goreng baru teringat, hahahah). Meh tengok-tengok jap gambar kita nii :)
Ni si kembang lembut sebelum di goreng. Uli pakai tangan je sebab takda penerap. Huhuhu
Yeayyy gorengggg selepas sejam. Okay?
Haaa jangan kutuk tauuu walaupun nampak macam tak sedap (what I thought on the first time too 😥) tapi lembut dan sedap okay. Percayalah! Hahahah
After final touch dengan gula kisarrrr. Aduhh. Terasa dekat lidah masa menaip entri ni. Nak lagiiiii~
♥ Thanks for reading♥