Sedih tetapi bersyukur?

by - July 21, 2021

Alhamdulillah.

Hi diary. I'm back now. Syukur kepada Allah sekarang aku dah mengandung 10 minggu. Dapat tahu mengandung waktu 4 minggu. Awal kan? Sebab aku jenis period yang regular. Lewat sehari waktu tu dan rasa pening. Masa tu nak cek tapi sedih...why?

Al kisahnya sehari sebelum aku check UPT, kucing jalanan yang aku bela selama 4 bulan mati terjatuh daripada tingkat 7 sehari selepas kawan aku adopt mereka. Sedih dia jangan cakap lah. Allah je tahu betapa aku sayang dekat budak ni. Dia punya bergantung harap pada aku tu, body language dia nampak sangat dia percaya dekat aku, tapi aku salah menilai. Aku fikir kalau dia duduk dengan adik beradik dia lagi dua ekor mungkin dia lagi happy (dua ekor adik beradik dia dah adopt awal lagi, dua hari sebelum tu). But I was wrong :( Dia jadi insecure dan terjatuh daripada balkoni dapur.

Jadi seharian tu aku menangis dan menangis sebab masih tak percaya budak manja ni dah tak ada. Malam tu aku rasa pening sangat dengan period pulak tak datang. Aku fikir mungkin sebab terlebih nangis and emosi tak stabil sampai lewat period. So taknaklah cek sebab nanti kalau satu line je lagi sedih kan? Esoknya barulah tergerak hati nak cek UPT. Waktu tu 6/5/2021.

Macam tak percaya sangat. Dua line timbul jelas, tapi aku punya rasa excited tu sampai 3 UPT test aku try and all are positive. Alhamdulillah. Semalam aku bersedih, hari ni aku gembira. Terima kasih Ya Allah, kau gantikan kesedihan dengan kegembiraan yang sangat tidak ternilai. Tapi si Koko tetap dalam ingatan. Tak mampu nak letak gambar dia sebab kalau tengok mesti rasa sedih tambahan lepas tahu pregnant ni, hati tisu sungguh...

Okay lah, sampai disini dulu. Nnati kita sambung pula cerita pasal perubahan waktu pregnant ni okay. Banyak gila, dengan alahannya lagi hihi.




♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts