Pembuka Bicara
Assalamualaikum and Hiii :)
Sebenarnya ni bukanlah first time blogging. Blog lama aku sudah pun terkubur dek kerana rasa childish sangat post dulu. Maka kita mulakan dengan lafaz....
Okay, aku ada terbaca dekat Twitter @twt_kecantikan (mesti yang perempuan tahu kan tu page apa) pasal skincare yang bagus. Tertarik jugalah dengan satu produk ni daripada Etude House iaituuuuuuu.... jeng jeng jeng!
Etude House Wonder Pore!
Apa yang membuat aku tertarik dengan produk ni adalah sebab perkataan PORE tu. Sejak dua menjak ni pori-pori aku terbuka luas menyebabkan banyak masalah pada kulit muka aku.*cry* Banyak feedback bagus juga semasa aku membelek produk ni. Maka apa salahnya mencuba, kulit setiap manusia kan berbeza.
Disebabkan harganya yang agak mahal, aku buat keputusan untuk beli Wow Set macam dalam gambar ni. Macam trial kit la kan. Harga yang aku dapat adalah RM25 (beli dekat Carousell). Ada yang aku survey, set yang sama harga RM50. Jadi kena pandailah mencari best price. Almaklumlah, ekonomi pun makin merusut.
Susunan dalam kotak tu dah mengikut step dia, bermula dengan Foam Cleanser, Pore Freshner (prolly the best product) , Tightening Essence, dan Clearing Emulsion.
Wonder Pore series ni sebenarnya datang dengan 10 items (gambar di bawah) dan mempunyai fungsi yang berbeza. Tapi sebagai permulaan kepada kulit aku jenis combination ni, kita pakai yang atas ni dulu lah. Kalau okay, baru kita proceed kepada sesi menangis-tengok-akaun-bank. Sekian~
Wonder Pore Series |
Jadi, kita tunggu lagi seminggu dua. Aku akan update semula mengenai produk ni. Tolonglah doa isi dalam botol-botol comel ni berkesan untuk aku **mengharap**
Semoga ketemu lagiii. Adios~
Website yang boleh dilayari untuk membeli Wonder Pore :
dan lain-lain lagi. Selamat mencari :)
0 thoughts