by - July 09, 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Rasanya lama sangat tak update di blog ni sejak aku mula masuk alam pekerjaan. Eh gitchuuuu.

Hari ini masuk 5 bulan sejak aku berada di pasukan ketiga sepanjang hampir 3 tahun aku berkhidmat. Semoga semuanya baik-baik hendaknya.

Tapi hari ni kita bukan nak cerita pasal kerja ya, nak cerita pasal kehidupan! Kalau nak tahu sekarang, aku dah bertukar status daripada Cik kepada Puan. Tahun 2019 merupakan tahun terindah bagi aku kerana aku dan pasangan telah diijabkabulkan pada 19/10/19.

Cantikkan tarikh tu?

Pening tau fikir tarikh paling sesuai, macam-macam nak kena ambil kira waktu tu, hihi. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Paling penting dapat tengok muka-muka yang kita sayang pada hari bahagia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi hadir :)

Suka sangat gambar ni sebab semua ahli keluarga ada. Sayang semua!

Nampak gaun kembang tu? Bapak aku tak berhenti gelak tengok gaun tu. Tercapai jugak hasrat anak dia yang suka feeling princess pakai gaun kembang berat gilo tu. Waktu ambik gaun ni dekat butik, dia punya besar tu macam dua kali mayat manusia dewasa. Gigih sungguh seorang anak perempuan ni heret baju ni pada hari bahagia dia ya 😆😆


Family sebelah lelaki, so meriahhhhhh!! Terima kasih atas kunjungan. Semoga semua sihat :)



My sisters, Gediks and Bunga yang I sayang sangat. 

Ni beberapa bulan sebelum Covid-19 melanda Malaysia. Ya Allah, rindu sangat nak berjumpa, berkumpa ramai-ramai. Semua tu pengubat jiwa tau.

Sebenarnya banyak lagi nak cerita ni. Tapi kita sambung next post lah ye. 


♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts