• Home
  • About
  • Page
    • Beauty
    • Foodies
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Twitter Instagram Facebook Pinterest

Our Galaxy

 Assalamualaikum. Hii readers!

I still can't move on from my birthday parties. Allah sent me the best peoples I have never imagined having them in my life. They are wonderful and lovely. Okay, ini post untuk second surprise birthday party yaaa. Siapa kaki surprise? Semestinyaaaaaaaaaaaa, Kak Liyaaa dan Ain sebagai pembantu.

Mulai daripada jam 1345H , dua orang makhluk ni pick me up at my home. Sangat chaos for me as I have to make up in Kak Liya's car sebab at first dapat mesej pick up jam 1400H jadi tak siap apa lagi. Haha! Takpa, ekspres make up itu tidak mustahil untukku. Maka sesi menconteng muka pun bermula, sampai tak perasan pun pergi ke mana. Sedar-sedar sampai ke Sunway Pyramid dah. Wah!

Ain, Kak Liya dan aku pun menuju ke restoran pilihan mereka. Eh, jalan tepi Restoran Bubba Gump Shrimp Co. Gosh! Aku pernah tengok cerita Forrest Gump and memang so into this story! Kami pun masuk ke restoran dan yeahhh serius tak sangka dapat sambut birthday dekat situ. Decoration cantik sangat macam tepi laut tempat keluarga Bubba (kawan baik Forrest) meniaga sebelum Forrest Gump bantu keluarga Bubba.

Masa ni Kak Liya cakap sambut biasa-biasa je makan-makan gitu. So, I expect nothing. Lepas order makanan, macam biasalah kan tangkap gambar selpie and all admiring the restaurant. Hihi. Cantik sangat decoration restoran ni weh. Staffs sangat friendly, even chef dia pun. I'm flattered~
Untuk pengetahuan korang jugak, setiap meja makan disediakan 2 signboard iaitu "Run Forrest Run" dan "Stop Forrest Stop" , sign ini adalah untuk waiter/waitress di restoran ni tau. Kalau korang letak "Run Forrest Run" maknanya korang selesa dan tiada masalah tapi kalau letak "Stop Forrest Stop" maknanya korang memanggil waiter.

Signifikasinya adalah dalam cerita Forrest Gump, Forrest ni berlari selepas disuruh Jenny semasa Forrest dibuli oleh kanak-kanak di kampungnya. Jenny akan jerit "run Forrest run". Haa, begitulah ceritanya. Hihi. Semangat aku cerita kan? Sebab Forrest Gump ni adalah kisah benar beb!

Berbalik kepada party ni, masa semua makanan sudah sampai aku rasa macam nak terkam dah tetiba orang datang bawak kek. Maigoshhh! Mak terkejut sampai tak terkata. This one guy asked me to make a quick speech but I'm effin speechless. Sampai si Ain ni pun aku panggil Kak Ain. Ko rase? HAHA! Then they lighted up the candle and sang me a song. Extra ordinary birthday song that sound like this...

"If you want a birthday cake,
Let us see you shake that booty babe,
Shake that booty,
Shake shake that booty"

Ya Allah. Terkejut, segan, nak tergelak semua ada. HAHA!
(Dalam hati.. berani ko detail aku shake booty, nasib baik birthday)😐

Then we are having our sweet times with food. Overall, I really loved this surprise. I'm shocked and surprised girls! So in love with the restaurant, their staffs (they're so friendly) and the food also good.. Pakcik Forrest and Pakcik Bubba I love your shrimp, they're sooooooooo good! Thank you Kak Liya , Ain for this unexpected gift.















♥ Thanks for reading♥ 
Share
Tweet
Pin
Share
No thoughts
Assalamualaikum korang.

Hari ni nak bercerita sangat-sangat pasal kawan. Korang pernah dengar tak kata-kata atau quote..

"Persahabatan yang berlarutan lebih 5 tahun akan kekal selamanya"


Pernah tak? Pernah tak weh? Kalau tak pernah, anggap jela tu kata-kata hikmat daripada aku. Halal eh? HAHAHAHA! Nak dijadikan cerita, aku kenal minachi 3 orang ni daripada sekolah rendah lagi. Masa darjah 6 aku masuk kelas 6 Cemerlang. Macam mana lah boleh tercampak kelas paling bijak ni, aku pun tak pasti. Tapi aku memang kurang berkawan. Yeke? HAHA!

TIPUJE GAISS.

Aku punya gelak boleh dengar daripada ground floor (kalau kelas aku dekat tingkat 1, ko rasa?). Cuma aku biasa makan sorang, lepak sorang-sorang, stalk abang pengawas (masa aku darjah 5) dekat library. Eh. Maka datanglah 3 orang ni mengacau-ngacau sampailah kitorang jadi kawan baik, aku dapat role tukang habiskan bekal makanan orang (Matul). Mak Matul masak sedap gila...eh, ke sebab aku dapat makan free. Haha! Makcik-makcik ni memang bijak dan banyak tolong aku yang blurr namatey masa tu. Penyabar sangat weh, lagi-lagi Matul. Sobs! Thanks weyy sabar dengan aku dulu.  
HAHA!
 Kitorang kawan setahun (2006) sebelum berpisah mengikut haluan masing-masing. 

Magik.

Tak ada gadget power pun masa tu, not connected even on Friendster, Myspace semua tapi alhamdulillah kitorang tak lost contact. Masa result UPSR keluar tak reti lagi nak sambut ke apa, lepas PMR kami sambut kejayaan kami. Dulu tempat favourite untuk lepak Midvalley Megamall lah. Rasa style lah dapat lepak situ kan. Masa tu masing-masing straight A's student. HAHA.



Kamera Matul berjasa baq hang! Tengoklah muka pun budak-budak lagi dengan fesyen entah apa-apa. Ade aku kisah? In kot zaman hakak dolu-dolu. Pheww~ 

Oh masa tu zaman dimana shawl baru famous amos. HAHAHAH. Goshh, lawak lah. 
Paling kiri tu Izzatul, Halimatul, aku (takkan tak oerasan kot oii) dan Syahira. Daripada sekolah rendah aku kawan dengan geng-geng Hot Stuff rupanya. Sis baru perasan. Masa sekolah menengah emm emm stay low rasanya. Masuk Universiti kawan dengan Hot Stuff semula. Kebetulan je okay. Mak tak pilih pun kawan-kawan ni, janji setia dan jujur cukuplah. 




Ni zaman kini punya reunion. Okaylah makin cun dan trendy dan muslimah. Eh semua adalah. Paling penting, sayang sangat dengan sekor-sekor ni. Boleh cerita semua benda kat dorang walaupun dorang tak faham pun aku paksa jugak faham. Kah4. Background mostly askor, ku cepuk kalau tak faham jugak eh. Hiks! (Missing Syera on Jad's Open House 2016)



Ni pula geng Universiti. Cantik kan? Cantik dan pandai okay? Sorang bijak Maths, sorang bijak like almost everything and helped me during my foundation year. Bersyukur sangat jumpa dengan dua bidadari ni dekat Universiti. Hee, Thanks Sofea dan Balqis!

Tbh, I'm really glad to be friends with all of them regardless of my not-so-awkward vibes. They still do accept me for who I am. Thanks sweeties. Love ya from the bottom of my heart!💓


♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
1 thoughts
Older Posts

About me

About Me


A proud Malaysian living in Kuala Lumpur. 27 years old and sweet tooth also but not your sweet girl. Definitely talking a lot about my personal thoughts and beauty.

Own by B

find me here

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

FOLLOW MY BLOG




follow | dash

Our Journey

Daisypath Anniversary tickers

Wislist

Dean List
Iphone
Perform Hajj
Travel with love

Categories

  • Life
  • Love
  • Skin Care
  • Travelog
  • advice

recent posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

  • ▼  2021 (2)
    • ▼  July (2)
      • Sedih tetapi bersyukur?
      • Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Rasany...
  • ►  2017 (19)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (6)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  August (1)

Sponsor

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates