• Home
  • About
  • Page
    • Beauty
    • Foodies
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Twitter Instagram Facebook Pinterest

Our Galaxy

Makan Mee Sotong di Padang Kota,
Singgah sebentar di kedai Pak Ali,
Celik mata di Penang rupanya,
Cerita JJCM kami belum habis lagi.

Hari kedua kami disinari dengan mentari indah terpancar setelah satu malam hujan tak berhenti. Syukur, terus kami breakfast di Transfer Road. Kak Liya cakap, yang best dekat sini adalah roti bakar telur goyang. Yummy! Selain tu, kami makan roti canai jugak. RM7 weh roti canai ayam dia, haa sebab ayam besauu. Boleh tahan sedap tapi sekali-sekala boleh lah , kalau setiap hari mau pokai 😆

Sukaa roti bakar dengan telur!

Disebabkan Street Arts terlampau banyak dekat situ, kami sekali lagi ke sana. Kali ni untuk cari budak yang main netball. Punyalah pusing merata nak cari lukisan ni, rupanya seberang je dengan lukisan budak atas buaian tu. Apalah nasib nakk. Ingat tau, seberang jalan sahaja!
Membaca amalan mulia.


Namanya pun perempuan, mestilah shopping kan. Penang pulak memang terkenal dengan Jeruk Madu Pak Ali, apalagi adalah dalam 5kg beli masa round pertama ni. Round kedua adalah selepas kami lunch, total jeruk dibeli adalah 14kg! Aku beli 1kg setengah je, tak obses sangat hehe. Tempat pilihan kami untuk makan tengahari pada hari kedua adalah Restoran Hameediyah Biryani. Peminat nasi biryani memang recommend lah untuk makan di sini. As for me, I can't really digest it well. Rempah dia macam gelegak dalam perut. Tapi Ayam Tandoori memang yummy! 

Setelah shopping jeruk Round 2 kami terus ke Pantai Batu Ferringhi pulak. Mulanya nak makan di Restoran Sup Hameed, tapi aku dan Ain dah tak boleh telan dah. So kami melepak di tepi pantai je sambil makan laksa dan minum air kelapa. Selesai sahaja makan kami bergambar kejap dan terus balik berehat di hotel.



Leganya..
Masa kami sedang bersiap untuk dinner, abang Ain yang kebetulannya berada di Penang jugak ajak dinner sekali. Kami terus tukar plan untuk makan di Restoran Char Koay Teow Sany. Yang ni pun aku suka jugak, memang sedap sangat dengan manis udang tapi kuey teow dia sikit sangat. Tak kenyang! Lepas berpisah, kami cari pula kedai kedua untuk mengisi perut. Seperti yang dirancangkan, Restoran Ikan Bakar Adnan bin Hassan menjadi pilihan. Perut aku tak larat sebenarnya masa tu, memulas-mulas tapi fikir tengah on vacay kan layan jelah.

Nak bagitau sikit, kalau korang nak tau jalan untuk ke restoran ni memang macam masuk kampung orang dan berbukit. Paling penting sekali, dekat restoran ni ada 3 kedai dan setiap kedai tak boleh masak menu yang sama. Pada aku sangat melecehkan pelangganlah, sebab masa kami datang kedai sotong celup tepung dah tutup (sotong habis). Tapi bila pergi ke kedai lagi satu, sotong ada tapi tak boleh nak masakkan sotong celup tepung. Kesedihan melanda diri. NOT RECOMMENDED!
Lagi sedih sebab masa aku makan lah perut memulas nak yakk. Huhu. Masa tu tak nampak langsung sign toilet, merata la Ain tolong carikan toilet sebab aku tak mampu dah nak jalan ke sana-sini. Jumpa toilet, Ya Allah.... air dia slow yakmat. Memang terus berfikir secara kreatif la macam mana nak selesaikan masalah air. Takkan nak tinggal je harta karun kau tak ber-flush kan, pulak ada orang after kau 😓😓😓 
Sudahnya, aku tak habis pun nasi secedok tu. Mampu makan udang 4-5 ekor dan hirup kuah sup sikit. Sedih awokkk. Tobak, tokse doh kito pegi keda seafood nih. Pricey with inconvenience facilities for customer. *masa menaip pun muka aku berkerut weh*
Sebagai penutup kepada hari kedua ni, maka kami sekali lagi menyusuri jambatan Pulau Penang. Cantik dan lengang. Haha! Oh lagi satu, kami waze je semua tempat yang kami pergi ni. In waze, we trust hihi.
p/s: Seharian pakai baju daripada Zefiks dan seluar daripada ig : these7enstore , selesa yakmat.
Tapi mandi tengahari tetap tidak dilupakan yerr 😉😉😉
Senarai harga makanan :
👉 Roti Bakar RM4
👉 Roti Canai Ayam RM7
👉 Jeruk RM21
👉Nasi Biryani Hameediyah RM15.90
👉Char Koay Teow Sany RM8
👉Ikan Bakar Adnan RM31 (per head)

♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
No thoughts
Assalamualaikum :)

Apa khabar gaiss? Hope semua in a good condition okay.
Tadi aku ada kemaslah sikit-sikit phone aku. Banyak sangat gambar, screenshots, gambar jawapan untuk exam (nota tau, bukan utk meniru) HAHAHA!

Tetibe *jeng jeng jeng mood suspen* ternampak gambar lama. Waaa banyak kenangan (kenangan pahit semua dah buang kayy, kirim salam nak ada dalam kenangan sis - untuk yang berkenaan) yang terpahat disebalik gambar gambar tu semua. Antaranya gambar dengan buah hati sorang ni.


Kenaboi Adventure Race 2014

See the gap? HAHA. Tengok gap je okay, aku memang rendah tahu dah haaa. Masa tu malu malu lagi tapi orang tu dah melamar untuk jadi partner lari......je. Oh ni sebelum acara larian bermula. Malam sebelum tu, sampai je dekat Kenaboi rasa nak demam. Aduh! Penyakit apa entah pergi jalan lama-lama dekat tempat baru je rasa nak demam. Tak mungkin la homesick. Pls not pls.

Maka dipendekkan cerita, malam sebelum adventure race memang demam betul-betul. Masa tu pulak tengah musim hujan agaknya. Renyai-renyai je. Nak tidur pun tak selesa. Sobs.

Tapi ada seorang hero ni datang, bagi ubat dengan sleeping bag. Ya Allah. Beruntung sangat masa tu Tuhan je tahu. Siapa bagi? Hee. Mestilah budak dalam gambar kat atas tu. Jatuh hati jugaklah masa tu sebab daripada dalam kelas lagi perhati. Eh kantoi. Hahaha. Dulu senyap je dalam kelas (sebab takda geng kot) tapi senyap-senyap dia boleh tahan bijak. Ada sekali tu kuiz kot. Dah blank sangat tak tahu jawapan, dia rampas kertas kuiz daripada tangan aku lepastu pulangkan dengan jawapan. Errr, tersentuh gak la. Terima kasih budak botak (junior tahun 1 kan dulu).

Nak tahu junior apa?

Next entry aku cerita okay?





"Bagi sebab tak nak kau demam esok je. Macam mana nak lari nanti~"


Ye ah ye ahhh. Padahal malu nak mengaku minat kita enn. K layan.

Maka berlarilah kami pada pagi itu sejauh 21km. Patutnya 18km je tapi disebabkan semalam hujan dan air sungai naik, maka acara tubing dibatalkan (kena la larii fuhhhhh pewai mak).

Nombor yang kami dapat? Duh,tak ingat doee. Sebab kenangan dengan dia lagi penting. Cia cia cia. Tapi dapat la medal, means bawah masa yang ditetapkan. Nah, aku belanja video sepukul.







♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
1 thoughts
Older Posts

About me

About Me


A proud Malaysian living in Kuala Lumpur. 27 years old and sweet tooth also but not your sweet girl. Definitely talking a lot about my personal thoughts and beauty.

Own by B

find me here

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

FOLLOW MY BLOG




follow | dash

Our Journey

Daisypath Anniversary tickers

Wislist

Dean List
Iphone
Perform Hajj
Travel with love

Categories

  • Life
  • Love
  • Skin Care
  • Travelog
  • advice

recent posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

  • ▼  2021 (2)
    • ▼  July (2)
      • Sedih tetapi bersyukur?
      • Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Rasany...
  • ►  2017 (19)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (6)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  August (1)

Sponsor

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates