Bulan untuk RECHARGE!

by - May 27, 2017

Assalamualaikum.
Seperti yang kita sedia maklum, hari ni merupakan 1 Ramadhan maka dengan ini Deeb ingin mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat selamat berpuasa!

Image result for ramadhan
(sumber : pakcik Google)

Wahh, puasa dah kan. Jangan buat-buat lupa yer, adik aku dah berbuka dah pukul 12 tengahari tadi. Ni bukan kes terlupa, ni kes "tak tahan lapar" kateko. Pun boleh dik, nasib baik belum baligh😒
Okay lah, rasanya belum terlambat lagi untuk kita peringat semula mana yang lupa. Biasalah kan umur makin lanjut, kadang terlupa ilmu paling asas sekali maka mari kita membaca dan tajamkan semula ilmu! 

Perkara membatalkan puasa :
  1. Makan dan minum dengan sengaja
Makan dan minum secara sengaja membatalkan puasa. Namun, sesiapa yang makan atau minum kerana terlupa pada siang hari di bulan Ramadhan, puasanya tetap sah. Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya:
”Sesiapa terlupa ketika berpuasa lalu makan atau minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana Allah sendiri telah memberi makan dan minum kepadanya.”
- (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)- 

  1. Keluar darah haid dan nifas

Apabila seorang wanita mengalami haid (keluar darah) di siang hari pada bulan Ramadhan walaupun hanya beberapa ketika atau di saat ingin berbuka, puasanya terbatal. Dia harus berbuka puasa tetapi perlu mengqadaknya pada bulan lain. 

Aisyah r.a pernah ditanya mengenai keadaan wanita haid. Adakah dia perlu mengqadak puasa atau hanya mengqadak solatnya? Jawab beliau: 

Maksudnya:
” Kami (isteri Nabi s.a.w) juga pernah mengalami perkara itu. Oleh itu, kami diperintahkan mengqadak puasa tetapi tidak disuruh mengqadak solat.”
- (Hadis Riwayat Muslim)-

  1. Muntah dengan sengaja

Sesiapa yang sengaja muntah seperti menjolok jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan sesuatu, puasanya terbataldan wajib mengqadaknya pada bulan lain. Jika termuntah, puasanya tetapsah dan boleh meneruskan puasanya. Sabda Nabi s.a.w: 

Maksudnya:
”Sesiapa yang muntah (secara tidak sengaja) dalam keadaan berpuasa, dia tidak perlu mengqadaknya. Tetapi sesiapa yang sengaja memuntahkannya, dia wajib mengqadak puasa.”
-(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)- 

  1. Berjimak pada siang hari

Apabila seseorang telah melakukan jimak (persetubuhan), puasanya terbatal dan wajib mengqadak serta dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a di daam Sahih al-Bukhari dan Muslim.
  • Membebaskan seorang hamba yang beriman.
  • Jika tidak menemuinya, wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut dan tidak boleh diselangi kecuali sebab-sebab yang dibenarkan dalam syarak seperti hari raya,sakit dan sebagainya. Jika dilakukan juga, dia perlu mengulangi jumlah hari seperti asal.
  • Jika tidak mampu setelah berusaha melakukannya, dia hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.

Ulama berbeza pendapat mengenai isteri yang tidak redha dengan permintaan suami untuk bersetubuh. Pendapat paling tepat, dia hanya perlu mengqadak puasanya sahaja dan tidak dikenakan kaffarah.

  1. Mengeluarkan air mani dengan sengaja

Sesiapa yang mengeluarkan air mani secara sengaja pada siang hari bulan Ramadhan, puasanya terbatal dan wajib mengqadaknya pada bulan lain.

Mengenai air mani yang terkeluar disebabkan mimpi, puasanya tidak terbatal kerana bukan dari kehendaknya. Oleh itu, dia hanya perlu mandi junub dan meneruskan puasanya.

Selain itu, sesiapa yang mencium atau memeluk isterinya tetapi air mani tidak terkeluar, puasanya tetap sah. Aisyah r.a berkata:

Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w biasa mencium dan memeluk isterinya dalam keadaan berpuasa. Tetapi, baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya.”
- ( Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)-

Termasuk sunnah baginda s.a.w melewatkan mandi junub selepas bersetubuh dengan isterinya. Kadangkala, baginda mandi junub ketika azan subuh sedang dilaungkan.

f. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut..

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuklah jugalah dalam kategori ini orang merokok. Ijma’ ulama mengatakan terbatal puasa.

g. Gila
Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.

h. Murtad, iaitu keluar daripada Agama Islam. 
Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha’ hari yang ia murtad, sekiranya ia kembali memeluk Islam.

i. Pengsan sepanjang sehari
Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.

Sumber Rujukan: Pendidikan Islam Sasbadi

Tambahan yaa, suntikan ubatan tidak membatalkan puasa (darurat).
Korek telinga dengan hidung? Tak membatalkan, bersih berpada-pada okay, tetapi kalau tak yakin jangan buat 😆



Macam mana nak recharge?

Sekarang kita masuk topik untuk tambah pahala yang kian berkurang ni..


  1. Lazimi solat awal waktu (susah tapi mungkin Ramadhan kali ni dapat mengubah kita)
  2. Lepas solat, kita berselawat  (bila pahala tak cukup, Allah akan ambil kira seberapa banyak kita berselawat atas dunia ni)
  3. Baca Quran, sebaiknya selepas solat💗
  4. Bersedekah, sebaiknya kepada ahli keluarga dahulu barulah kepada orang luar.
  5.  Solat Tarawikh, solat ini sunat sahaja tetapi banyak kebaikannya.
  6. Jaga mulut, jaga mata dan jaga hati
Image result for watch your words

Sedar tak yang keenam tu buat ramai orang hilang pahala? Termasuk aku jugaklah. Berhempas-pulas buat amal ibadah masa bulan puasa tapi bila tengok kawan tak buat, sibuk mengata, cakap lepas (tak jaga hati kawan).. Rancak kan kita sedekah pahala dekat kawan tu, hmmm. Jadi jagalah seeloknya pahala kita, kan lagi molek kalau doakan kawan tu berubah 😉


Doa 1 Ramadhan : Ya Allah, pada hari ini jadikan puasaku, puasa seseorang yang berpuasa dengan ikhlas, dan berdirinya aku untuk solat dalam kalangan orang yang solat dengan patuh dan bangunkanlah aku daripada tidur dan ampunkanlah dosaku.


♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts