Perjalanan diteruskan dengan melawat 3D Trick Art Museum. Bayaran masuk untuk pelajar adalah RM10 sahaja. Memang best tapi kena pastikan korang datang dengan orang yang pandai ambil gambar. Penting tau supaya effect 3D tu timbul dalam gambar. Kalau tidak, saje-saje jela masuk tengok lukisan, hiks.
Harga Tiket Masuk 2017
Ewahh Kak Liyaaa,buat moondance ke? (yang Michael Jackson tuuu) pls fahaam. HAHA
Untuk lunch kami memilih untuk mencuba makanan di Restoran Kapitan. Masa kami sampai tu Milani Naan Cheese tak siap lagi. Jadi kami terpaksa menunggu dalam 30 minit sebelum dapat makan hidangan tu. Apa kata aku? Worth the wait. Serious!
Rasa macam Wow sangat masa first time kuah Milani tu masuk mulut. Sedap sangat walaupun roti naan dekat situ kurang cheese. Siapa nak roti naan yang banyak cheese dinasihatkan untuk makan kat restoran lain okay. Repeat? Yes.
Kami sampai ke Bukit Bendera sedikit lewat daripada jadual asal sebab makan masa di Restoran Kapitan dan sesat. HUHU~ Bagi akulah, Bukit Bendera tak ada sesuatu yang unik untuk menarik minat orang datang ke situ jika sudah pernah naik sekali. Ya, cukup sekali untuk aku sebab bagi aku tak selesa dan tak sesuai untuk bawa anak kecil ke situ. Train penuh sangat, dan view di atas tak berbaloi mana pun. Kalau boleh naikkan restoran-restoran menarik di atas tu mungkin lebih worthy bagi pelancong.
Setelah perabih masa dan pekena desert Mango dekat atas tu, kami pun beransur ke Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kami sampai ke airport tepat 7 petang dan memulangkan kereta sewa ke penyewa. JJCM kami tidak habis setakat itu, di KLIA2 kami sambung makan di Old Town White Coffee. Okay laksa dia sedap.
Senarai harga makanan :
👉Sarapan Mansor Halia Kafe RM6.20
👉Biryani Kapitan RM15.50
👉Mango Ice RM11
-The end-
♥ Thanks for reading♥
0 thoughts