Dear Online Shop Seller..

by - 4/16/2017

Assalamualaikum ♫

Ewah, bagi salam pun siap ada code muzik eh. Saja je nak sejukkan sikit hati yang tengah panas ni. Sebelum aku cerita lagi lanjut pasal apa yang terjadi ni, aku nak tanya la korang pernah tak buat belian secara online?

Mesti pernah kan.

Eh jawab sendiri pun boleh~

Rata-rata di zaman generasi Y ni ramai yang lebih gemar gunakan belian secara atas talian kan sebab mudah, cepat dan jimatkan tenaga. Tengok suka, klik dan bayar. Dalam masa 2-3 hari sampai depan pintu rumah. Senang kan? Tak perlu bazir masa, keluarkan peluh dan tenaga jalan sampai ke bandar untuk beli apa yang kita nak.

Okay, memang mudah dan senang jika kedua-dua belah pihak sama bertolak ansur,
maksud kedua belah pihak ni adalah pembeli dan penjual.

Alhamdulillah selama aku terjebak dalam jualan-belian atas talian ni tak pernah lagi kena tipu macam orang lain pernah kena. Bayar tapi tak dapat dapat barang tapi hari ni aku macam terkesima sikit dengan penjual tudung daripada
Hijab's Studio.

Alkisahnya bermula dengan demam belian online yang melanda atas diri mak aku, CikJun. Mak aku mintak tolong belikan tudung daripada online store ni lepas ternampak iklan mereka dalam Facebook. Iklan mereka tak masukkan details sangat untuk pelanggan nilai sama ada belian mereka berbaloi atau tak, tiada harga dipaparkan, tiada saiz tudung dsb. Jika berminat terus Whatsapp nombor sekian sekian. Tapi bila tekan ke link Whatsapp tu pun invalid, maka terpaksalah aku taip nombor tu dan contact penjual tersebut.

Berikut adalah conversation kami..




See that?
Rasanya cukup details untuk seorang customer sahaja, nampak sangat nak details orang dan buat pelanggan rasa terancam. Lagi satu yang menyakitkan hati, orang tanya harga tudung, dia reply macam tu.. Aku macam....@#$@#%& ape doh? Kau nak rekod berapa banyak, satu family aku? Satu kelas aku? Baru boleh tahu harga tudung tu? 🌋

Please ye online seller jangan berperangai begini. Daripada aku tak kisah harga tudung tu berapa jadi geram pulak bila orang main tali nak dapatkan data family kau. At last, seller tu sendiri yang menjadi penutup pintu rezeki online shop dia. Memang taklah aku nak beli situ.



Soft reminder untuk online seller :

1. Jujur dalam perniagaan.

Paparkan harga barangan jualan, details yang patut pelanggan tahu mengenai barang jualan anda. 
Tak rugi pun buat macam ni. Lagi menambah keyakinan pelanggan terhadap online shop anda!

2. Cara reply customer mestilah berhemah/logik. 

Seperti seller di atas ni, aku terus rasa macam tengah whatsapp dengan bot tau. Tak hiraukan pertanyaan mereka seolah-olah kau tak pentingkan perasaan pelanggan. Jangan marah la kalau mereka terus block korang yer.


Moga pihak Studio's Hijab ambil teguran ni dengan hati terbuka. 
Pelanggan senang hati, penjual pun murah rezeki 😸


♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts