Penang Trip (Day 1)

by - 4/14/2017

Assalamualaikum and Hiiiiiiii.

Dua minggu lepas aku pergi merantau ke negeri orang, dengan harapan dapat lupakan kesedihan. cewah. #Tipuje Tujuan pergi Penang adalah untuk mencuba makanan di sana. Almaklumlah Penang kan terkenal dengan makanan-makanan mereka yang sedap dan piaww (rempah). Kami disana selama 3 hari. Maka Ain, aku dan Kak Liya pun berangkat ke sana dengan penerbangan Air Asia, now everyone can fly*whispering*

Bermulanya perjalananku adalah apabila Kak Liya ambil aku dan Ain pada pukul 12 malam untuk tidur di rumahnya dahulu sebelum bergerak ke TBS(Terminal Bersepadu Selatan) untuk ke KLIA2 menggunakan jetbus pada pukul 4 pagi. Jujurnya agak letih, mana taknya tak dapat lena langsung satu malam sebab aku susah nak tidur lagi-lagi dengan transit sana sini. Maka kami pun naik flight pada pukul 7 pagi dan sampai pada pukul 8 pagi. Sesampainya kami di Penang, kami menunggu kereta sewa di lapangan terbang dalam setengah jam.
Oh before that, this is our itinerary for Penang 2017!
Plan vs Reality 😂


Kami breakfast di Astaka Tun Saadon. Misi utama adalah untuk merasa Serabai. Rupanya menurut MakJun (mak sis) Serabai ni sarapan pagi orang Kelantan. Hadoi. Kemain jauh yer anak dia cari Serabai. HAHA! Dekat sini ramai gila beratur untuk makanan ni, mungkin sebab ia satu-satunya kedai yang jual Serabai. Aku nak try Idli tapi masa aku sampai tu, Idli sudah habis. Huhuhuhuhu~ Jadi makan Serabai dan nasi Daging jelah. OKAY.

Seterusnya kami ke Street Art Penang sekejap untuk survey gituh. Fyi, hasil seni mereka bersepah-sepah yer. Bukan tertumpu satu lorong sahaja seperti Street Art di Shah Alam. Satu lagi tips adalah, minta maps dekat penjual/penyewa basikal dekat area tu. Confirm ada. Korang buat-buatlah macam nak sewa basikal sikit kalau tak nak sewa sekalipun. Hahahaha.

Selepas check in and buat pentadbiran (clean up, solat, nap) masing-masing kami teruskan hajat untuk merasa Nasi Kandar Deen. Kalau korang nak tahulah, aku ni jenis suka merasa kalau tak sedap memang tak habislah tapi tbh nasi kandar ni nampak so-so je tapi lepas makan, pergh licin pinggan weh. Sedap! Kena pulak dengan selera aku, hiks😋

Tibalah masanya untuk beraksi depan kamera. Yeah, Street Art Penang! Masa kami sampai tu masih lengang, tak banyak visitor lagi mungkin sebab panas? Maka kami pun berposing-posing lah dengan jayanya. Hah, meh tengok sikit gambar. Cececeeehh acah photogenic jap.



























Kami sewa 2 basikal, Kak Liya dan aku naik satu basikal, Ain satu basikal. Oleh kerana Kak Liya nak exercise maka, Kak Liya mengayuh basikal sepanjang perjalanan memburu seni-seni jalanan Penang. Gigih kan? Huhu, tq Kak Liya! Masa kami ber-OOTD dengan basikal sewa tu adalah satu kumpulan remaja perempuan ni berhampiran dengan kami. Duhh, kacau je orang nak bergambar. Mana taknya, asyik inter-frame je. Lama tau dorang tunggu, (I THINK LAHH) dorang ingat basikal yang kami sewa tu a part of street arts thingy cuz it's kinda classic and goes well with the wall. 
Nasib la kau dik.
Lelah bergambar, kami pekena ais kepal pulak. Fuh, nyaman bro!


Next in list, Mee Sotong Hameed Pata!


Tengah sedap pekena mee goreng ni, dalam setengah jam lepastu hujan pun turun mencurahi bumi Allah. Mulanya renyai-renyai tapi lama kelamaan hamik kau lebat macam tak nak berhenti terus. Masa tu dalam pukul 6 lebih kami di Esplanade @ Padang Kota. Dekat sangat dengan hotel tapi disebabkan parking kereta jauh dan hujan lebat yakmat maka kami pun jadilah penunggu sementara dekat kedai tu. Jam 9 malam dan hujan masih belum berhenti, Ain ajak balik sebab dah tak selesa, kami pun berlari anak ke kereta. Aku jalan jelah, kaki pun makin sakit bila sejuk-sejuk ni.
Basah kuyup? Redha.
Sampai je di hotel, pentadbiran masing-masing dan tahu-tahu je terlelap lepas clean up. Acah nak keringkan rambut masa baring, buka mata je jam pukul 3 pagi dah. Sempat la Isya kejap. Pukul 5 bangun jugak, bersihkan uterus. Muehehe. 
Senarai harga makanan :
👉Serabai + apom + nasi daging RM3.70
👉Nasi kandar Deen RM16.70
👉Ice Kepal RM2.50
👉Mee Sotong RM5.30
👉Coconut Shake RM3.00

♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts