Fave - Discount Bagai Nak Rak

by - April 14, 2017

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi sikit kebahagiaan aku 💗
Ewah.

Begini ceritanya.. Aku ni memang suka kalau bab-bab spa ni. Manjakan diri lah gitu. First time ke spa menyedihkan sikit lah, sebab service memang 3/10 bagi aku dan kakak aku sendiri. Nama spa tu Spa Mawar Putih. Aku pilih pakej combo : body scrub, lumur cokelat, mandi susu  (RM100)  plus tangas (RM40). Tak rasa macam scrub langsung. Macam gosok-gosok badan sikit, lumur coklat lepastu tinggalkan kitorang dalam bilik sejuk tu. Haih.
Lepastuu, mintak tangkapkan gambar kitorang pun taknak, alasannya sebab customer lagi satu dah tunggu. Sabar jela bila kena bayar almost RM240 untuk service yang menyedihkan ni. Memang taklah nak pergi lagi kan?

Lama jugak lah tak jejakkan kaki ke spa dah, taubat la kateko bayar mahal tapi layanan teruk. Makin stress lepas pergi spa adalah. Tapi baru-baru ni aku ter-pergi satu spa ni. Aku tak ingat macam mana aku jumpa apps ni. Nama apps ni Fave korang boleh download ke phone untuk gunakan apps ni. Rasanya Fave ni bawah Groupon. Banyak discount untuk tempat-tempat best dan pilihan aku semestinya beauty!


Haa, nampak? Ada Eat, Beauty, Activities, Services and Travel. Korang boleh pilih apa yang korang suka dan tengok deal yang tertera dekat bahagian Collection. First time guna tu aku pergi facial dekat Forever Beauty & Slimming @ Bandar Tasik Permaisuri pada 7 April 2017. Sebabkan noob tak pernah gunakan apps ni, rupanya kena buat appoinment dulu. Maka aku hilang sejam treatment out of 3 hours treatment sebab spa penuh. Dekat details tak suruh buat appoinment, not my fault okay!

*Soft reminder : Kalau beli coupon for spa, make sure buat appoinment dulu sebelum datang.

Treatment yang aku pilih ni namanya 3 Hour Aqua Moist Facial & Aromatherapy Massage (RM38). Facial dekat sini memang best rasa nak tidur je tapi sebab teringin nak tahu dia buat apa maka aku pun tahan je mengantuk tu. Jerawat aku yang tengah aktif ni tinggal 3 biji je aktif, hidung memang bersih je walaupun lepas 2 minggu buat facial ni. Oh aku beli serum jugak actually (optional) untuk kesan yang lebih lama. Massage dia pun best sangat, tangan amoi ni boleh tahan kuat. Aku tak banyak sembang cuma aku tahu umur dia setahun tua daripada aku. Boleh bagi 🌟🌟🌟🌟 sebab memang berbaloi! Aku beli jugak next session dengan spa ni sebab ada promotion hihi.




Coupon kedua yang aku beli adalah Full Body Swedish/Deep Tissue Massage wish Spa and Colagen Therapy di Suiterdur Beaut Haus, Sungai Besi. Nampak tak betapa obses aku dekat apps ni, sebab banyak gila diskaun untuk benda yang aku suka. Korang mesti terkejut kalau tau harga coupon ni.. 3 hours treatment for only RM19 after a lot of discount.

Kawan aku ada tanya, takda hidden charge ke? NO.

Tiada hidden charge babe! Korang kena baca details dekat coupon sebelum beli okay? Make sure charge includes GST and service charges *just in case sebab kalau untuk beli photobook tak termasuk postage. Bukan ini sahaja, korang boleh dapat discount dekat kedai tertentu jugak. Macam mana tu? Download dulu tengok camane, kalau tak faham tanya je dekat comment below yeah.

Kalau korang nak jugak beli coupon or voucher dekat sini boleh gunakan promo code aku untuk dapatkan diskaun semasa proses pembayaran.


Taip FAVEADIBAH9 and enjoy your promo
or
click here.



♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts