• Home
  • About
  • Page
    • Beauty
    • Foodies
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Twitter Instagram Facebook Pinterest

Our Galaxy

Alamakk!! Maaf terlupa lagi satu post. HAAAA punyalah draft lama daripada bulan 4 nak masuk bulan 6 baru post kan. Terbaikkkk. Apa pun, enjoy your reading!

.......
Finally, the last day in Penang arrived. Seperti yang dirancangkan, kami memilih untuk sarapan pagi di gerai berdekatan hotel sahaja. Punyalah pakai waze cari gerai ni. Dalam waze namanya Mamak Stall je. Tapi sebenarnya nama gerai ni adalah Mansoor Halia Cafe. Sangat dekat dengan hotel kami iaitu Merlin Hotel. Jalan kaki pun boleh rupanya (OHEMJI) we drove by car and realized that we were tawaf the building when trying to look for parking. Lastly, parking dekat hotel semula. Bertuahhhhh punya waze.


Kami sekali lagi memilih untuk makan roti bakar untuk bandingkan rasa dengan roti bakar di Transfer Road. Tiada kelainan, cuma telur terlalu cair jadi dipecahkan dalam mangkuk. Teh halia superb. Jatuh hatilah dengan sarapan pagi di Penang, buat kita rasa nak bangun pagi tiap hari 

(acah je). Hehehehe~

Perjalanan diteruskan dengan melawat 3D Trick Art Museum. Bayaran masuk untuk pelajar adalah RM10 sahaja. Memang best tapi kena pastikan korang datang dengan orang yang pandai ambil gambar. Penting tau supaya effect 3D tu timbul dalam gambar. Kalau tidak, saje-saje jela masuk tengok lukisan, hiks.

Harga Tiket Masuk 2017








 Ewahh Kak Liyaaa,buat moondance ke? (yang Michael Jackson tuuu) pls fahaam. HAHA


Untuk lunch kami memilih untuk mencuba makanan di Restoran Kapitan. Masa kami sampai tu Milani Naan Cheese tak siap lagi. Jadi kami terpaksa menunggu dalam 30 minit sebelum dapat makan hidangan tu. Apa kata aku? Worth the wait. Serious!
Rasa macam Wow sangat masa first time kuah Milani tu masuk mulut. Sedap sangat walaupun roti naan dekat situ kurang cheese. Siapa nak roti naan yang banyak cheese dinasihatkan untuk makan kat restoran lain okay. Repeat? Yes.


Kami sampai ke Bukit Bendera sedikit lewat daripada jadual asal sebab makan masa di Restoran Kapitan dan sesat. HUHU~ Bagi akulah, Bukit Bendera tak ada sesuatu yang unik untuk menarik minat orang datang ke situ jika sudah pernah naik sekali. Ya, cukup sekali untuk aku sebab bagi aku tak selesa dan tak sesuai untuk bawa anak kecil ke situ. Train penuh sangat, dan view di atas tak berbaloi mana pun. Kalau boleh naikkan restoran-restoran menarik di atas tu mungkin lebih worthy bagi pelancong.




Tempat wajib untuk tangkap gambar, acah di Korea sebentarr~

Setelah perabih masa dan pekena desert Mango dekat atas tu, kami pun beransur ke Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kami sampai ke airport tepat 7 petang dan memulangkan kereta sewa ke penyewa. JJCM kami tidak habis setakat itu, di KLIA2 kami sambung makan di Old Town White Coffee. Okay laksa dia sedap.



Senarai harga makanan :

👉Sarapan Mansor Halia Kafe RM6.20
👉Biryani Kapitan RM15.50
👉Mango Ice RM11


-The end-

♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
No thoughts
Makan Mee Sotong di Padang Kota,
Singgah sebentar di kedai Pak Ali,
Celik mata di Penang rupanya,
Cerita JJCM kami belum habis lagi.

Hari kedua kami disinari dengan mentari indah terpancar setelah satu malam hujan tak berhenti. Syukur, terus kami breakfast di Transfer Road. Kak Liya cakap, yang best dekat sini adalah roti bakar telur goyang. Yummy! Selain tu, kami makan roti canai jugak. RM7 weh roti canai ayam dia, haa sebab ayam besauu. Boleh tahan sedap tapi sekali-sekala boleh lah , kalau setiap hari mau pokai 😆

Sukaa roti bakar dengan telur!

Disebabkan Street Arts terlampau banyak dekat situ, kami sekali lagi ke sana. Kali ni untuk cari budak yang main netball. Punyalah pusing merata nak cari lukisan ni, rupanya seberang je dengan lukisan budak atas buaian tu. Apalah nasib nakk. Ingat tau, seberang jalan sahaja!
Membaca amalan mulia.


Namanya pun perempuan, mestilah shopping kan. Penang pulak memang terkenal dengan Jeruk Madu Pak Ali, apalagi adalah dalam 5kg beli masa round pertama ni. Round kedua adalah selepas kami lunch, total jeruk dibeli adalah 14kg! Aku beli 1kg setengah je, tak obses sangat hehe. Tempat pilihan kami untuk makan tengahari pada hari kedua adalah Restoran Hameediyah Biryani. Peminat nasi biryani memang recommend lah untuk makan di sini. As for me, I can't really digest it well. Rempah dia macam gelegak dalam perut. Tapi Ayam Tandoori memang yummy! 

Setelah shopping jeruk Round 2 kami terus ke Pantai Batu Ferringhi pulak. Mulanya nak makan di Restoran Sup Hameed, tapi aku dan Ain dah tak boleh telan dah. So kami melepak di tepi pantai je sambil makan laksa dan minum air kelapa. Selesai sahaja makan kami bergambar kejap dan terus balik berehat di hotel.



Leganya..
Masa kami sedang bersiap untuk dinner, abang Ain yang kebetulannya berada di Penang jugak ajak dinner sekali. Kami terus tukar plan untuk makan di Restoran Char Koay Teow Sany. Yang ni pun aku suka jugak, memang sedap sangat dengan manis udang tapi kuey teow dia sikit sangat. Tak kenyang! Lepas berpisah, kami cari pula kedai kedua untuk mengisi perut. Seperti yang dirancangkan, Restoran Ikan Bakar Adnan bin Hassan menjadi pilihan. Perut aku tak larat sebenarnya masa tu, memulas-mulas tapi fikir tengah on vacay kan layan jelah.

Nak bagitau sikit, kalau korang nak tau jalan untuk ke restoran ni memang macam masuk kampung orang dan berbukit. Paling penting sekali, dekat restoran ni ada 3 kedai dan setiap kedai tak boleh masak menu yang sama. Pada aku sangat melecehkan pelangganlah, sebab masa kami datang kedai sotong celup tepung dah tutup (sotong habis). Tapi bila pergi ke kedai lagi satu, sotong ada tapi tak boleh nak masakkan sotong celup tepung. Kesedihan melanda diri. NOT RECOMMENDED!
Lagi sedih sebab masa aku makan lah perut memulas nak yakk. Huhu. Masa tu tak nampak langsung sign toilet, merata la Ain tolong carikan toilet sebab aku tak mampu dah nak jalan ke sana-sini. Jumpa toilet, Ya Allah.... air dia slow yakmat. Memang terus berfikir secara kreatif la macam mana nak selesaikan masalah air. Takkan nak tinggal je harta karun kau tak ber-flush kan, pulak ada orang after kau 😓😓😓 
Sudahnya, aku tak habis pun nasi secedok tu. Mampu makan udang 4-5 ekor dan hirup kuah sup sikit. Sedih awokkk. Tobak, tokse doh kito pegi keda seafood nih. Pricey with inconvenience facilities for customer. *masa menaip pun muka aku berkerut weh*
Sebagai penutup kepada hari kedua ni, maka kami sekali lagi menyusuri jambatan Pulau Penang. Cantik dan lengang. Haha! Oh lagi satu, kami waze je semua tempat yang kami pergi ni. In waze, we trust hihi.
p/s: Seharian pakai baju daripada Zefiks dan seluar daripada ig : these7enstore , selesa yakmat.
Tapi mandi tengahari tetap tidak dilupakan yerr 😉😉😉
Senarai harga makanan :
👉 Roti Bakar RM4
👉 Roti Canai Ayam RM7
👉 Jeruk RM21
👉Nasi Biryani Hameediyah RM15.90
👉Char Koay Teow Sany RM8
👉Ikan Bakar Adnan RM31 (per head)

♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
No thoughts
Assalamualaikum and Hiiiiiiii.

Dua minggu lepas aku pergi merantau ke negeri orang, dengan harapan dapat lupakan kesedihan. cewah. #Tipuje Tujuan pergi Penang adalah untuk mencuba makanan di sana. Almaklumlah Penang kan terkenal dengan makanan-makanan mereka yang sedap dan piaww (rempah). Kami disana selama 3 hari. Maka Ain, aku dan Kak Liya pun berangkat ke sana dengan penerbangan Air Asia, now everyone can fly*whispering*

Bermulanya perjalananku adalah apabila Kak Liya ambil aku dan Ain pada pukul 12 malam untuk tidur di rumahnya dahulu sebelum bergerak ke TBS(Terminal Bersepadu Selatan) untuk ke KLIA2 menggunakan jetbus pada pukul 4 pagi. Jujurnya agak letih, mana taknya tak dapat lena langsung satu malam sebab aku susah nak tidur lagi-lagi dengan transit sana sini. Maka kami pun naik flight pada pukul 7 pagi dan sampai pada pukul 8 pagi. Sesampainya kami di Penang, kami menunggu kereta sewa di lapangan terbang dalam setengah jam.
Oh before that, this is our itinerary for Penang 2017!
Plan vs Reality 😂


Kami breakfast di Astaka Tun Saadon. Misi utama adalah untuk merasa Serabai. Rupanya menurut MakJun (mak sis) Serabai ni sarapan pagi orang Kelantan. Hadoi. Kemain jauh yer anak dia cari Serabai. HAHA! Dekat sini ramai gila beratur untuk makanan ni, mungkin sebab ia satu-satunya kedai yang jual Serabai. Aku nak try Idli tapi masa aku sampai tu, Idli sudah habis. Huhuhuhuhu~ Jadi makan Serabai dan nasi Daging jelah. OKAY.

Seterusnya kami ke Street Art Penang sekejap untuk survey gituh. Fyi, hasil seni mereka bersepah-sepah yer. Bukan tertumpu satu lorong sahaja seperti Street Art di Shah Alam. Satu lagi tips adalah, minta maps dekat penjual/penyewa basikal dekat area tu. Confirm ada. Korang buat-buatlah macam nak sewa basikal sikit kalau tak nak sewa sekalipun. Hahahaha.

Selepas check in and buat pentadbiran (clean up, solat, nap) masing-masing kami teruskan hajat untuk merasa Nasi Kandar Deen. Kalau korang nak tahulah, aku ni jenis suka merasa kalau tak sedap memang tak habislah tapi tbh nasi kandar ni nampak so-so je tapi lepas makan, pergh licin pinggan weh. Sedap! Kena pulak dengan selera aku, hiks😋

Tibalah masanya untuk beraksi depan kamera. Yeah, Street Art Penang! Masa kami sampai tu masih lengang, tak banyak visitor lagi mungkin sebab panas? Maka kami pun berposing-posing lah dengan jayanya. Hah, meh tengok sikit gambar. Cececeeehh acah photogenic jap.



























Kami sewa 2 basikal, Kak Liya dan aku naik satu basikal, Ain satu basikal. Oleh kerana Kak Liya nak exercise maka, Kak Liya mengayuh basikal sepanjang perjalanan memburu seni-seni jalanan Penang. Gigih kan? Huhu, tq Kak Liya! Masa kami ber-OOTD dengan basikal sewa tu adalah satu kumpulan remaja perempuan ni berhampiran dengan kami. Duhh, kacau je orang nak bergambar. Mana taknya, asyik inter-frame je. Lama tau dorang tunggu, (I THINK LAHH) dorang ingat basikal yang kami sewa tu a part of street arts thingy cuz it's kinda classic and goes well with the wall. 
Nasib la kau dik.
Lelah bergambar, kami pekena ais kepal pulak. Fuh, nyaman bro!


Next in list, Mee Sotong Hameed Pata!


Tengah sedap pekena mee goreng ni, dalam setengah jam lepastu hujan pun turun mencurahi bumi Allah. Mulanya renyai-renyai tapi lama kelamaan hamik kau lebat macam tak nak berhenti terus. Masa tu dalam pukul 6 lebih kami di Esplanade @ Padang Kota. Dekat sangat dengan hotel tapi disebabkan parking kereta jauh dan hujan lebat yakmat maka kami pun jadilah penunggu sementara dekat kedai tu. Jam 9 malam dan hujan masih belum berhenti, Ain ajak balik sebab dah tak selesa, kami pun berlari anak ke kereta. Aku jalan jelah, kaki pun makin sakit bila sejuk-sejuk ni.
Basah kuyup? Redha.
Sampai je di hotel, pentadbiran masing-masing dan tahu-tahu je terlelap lepas clean up. Acah nak keringkan rambut masa baring, buka mata je jam pukul 3 pagi dah. Sempat la Isya kejap. Pukul 5 bangun jugak, bersihkan uterus. Muehehe. 
Senarai harga makanan :
👉Serabai + apom + nasi daging RM3.70
👉Nasi kandar Deen RM16.70
👉Ice Kepal RM2.50
👉Mee Sotong RM5.30
👉Coconut Shake RM3.00

♥ Thanks for reading♥
Share
Tweet
Pin
Share
No thoughts
Older Posts

About me

About Me


A proud Malaysian living in Kuala Lumpur. 27 years old and sweet tooth also but not your sweet girl. Definitely talking a lot about my personal thoughts and beauty.

Own by B

find me here

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

FOLLOW MY BLOG




follow | dash

Our Journey

Daisypath Anniversary tickers

Wislist

Dean List
Iphone
Perform Hajj
Travel with love

Categories

  • Life
  • Love
  • Skin Care
  • Travelog
  • advice

recent posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

  • ▼  2021 (2)
    • ▼  July (2)
      • Sedih tetapi bersyukur?
      • Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Rasany...
  • ►  2017 (19)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (6)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  August (1)

Sponsor

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates