Product Review : The Body Shop

by - March 24, 2017

Assalamualaikum chuolss.

Ingat lagi tak aku pernah beriya-iya cuba produk daripada The Body Shop ? Okay kalau tak ingat korang boleh klik sini untuk baca betapa bersemangatnya aku masa tu nak pakai produk baru. Hohoho~

Jadi selepas habiskan dua botol produk daripada brand ni aku nak cerita sikit lah hasilnya. Toner dengan Tea Tree Oil masih ada banyak lagi. Tahan lama okay, berbaloi-baloi beli sekali boleh tahan lebih 3 bulan.


Produk 1 : Skin Clearing Body Wash 
Memang best la boleh bagi ★★★★ sebab baunya yang sangat menenangkan minda (bau tea tree) dan yang penting sekali jerawat kecik kecik dekat belakang badan hilang. Tapi parut tak hilang lagi so kuranglah satu bintang hehe. Bagi aku recommended sangat-sangat untuk orang yang ada jerawat kecik atau rashes kat belakang badan tu. 

Produk 2 : Skin Clearing Facial Wash
Hok ni yang bestnya bau dia je. Aku suka gilaaaaaa bau tea tree oil daripada brand ni. Tapi sedih sikit la, sebab mungkin tak sesuai dengan kulit aku cleanser ni. Muka aku makin bertambah teruk (breakout) HUHU~ Boleh bagi ★★ je kot. Tapi kalau korang yang try ni boleh je. Sesuai untuk jenis kulit combination/oily. 

Produk 3 : Skin Clearing Mattifying Toner
Toner dia bagi aku kuat gila. Muka aku rasa pedih bila gunakan toner ni, kulit muka merah-merah tu opkoz! Tapi yang eloknya toner ni adalah segala kulit mati tanggal bila kau sapu guna cotton pad. Best tapi pedih sikit. mungkin kulit aku kot yang sensitive masa sendiri. HAHA! Repeat? Maybe not and boleh bagi ★★ untuk produk ni :)

Produk 4 : Tea Tree Oil
Produk ni paling aku sukaaaaa. Since 3-4 years ago pakai. Fatsyahi laa yang kenalkan ni. Dah melekat dengan minyak ni daripada harga RM24 sampai ke RM42 sekarang untuk botol paling kecik tu. Kau bayangkan betapa banyak naik harga. Satu opkoz la GST, kedua sebab permintaan tinggi sebab memang elok dan bau pun menyenangkan. Love sangat! ★★★★ I bagi uolsss~


Conclusion is, I will just stick to these two products which is their body wash and tea tree oil. Pencuci muka dengan toner mungkin beli brand lain and kalau ada yang nak beli toner dia dengan aku pun boleh. Pm me okay? Klik je link Twitter, Facebook or Instagram dekat column sebelah kanan ni.

Till then, xoxo.


♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts