Surprise Birthday Party Part 1

by - March 03, 2017


Assalamualaikum and Hi peeps!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi aku dah capai umur 23 tahun pada 1 Mac 2017 lepas.
Terima kasih Ya Allah atas semua nikmat dan dugaan juga kerana terus memberiku peluang untuk bernafas dan menjadi lebih baik daripada sebelum. Kau hadirkan yang terbaik dalam hidupku :)


Jom throwback !


Pada hari Rabu kelmarin, Abam Panda booked masa aku satu hari untuk sambut hari lahir. Hihi.
Siapa tak suka kan? Ada orang nak sambut birthday kita weee~ Maka kami pun bergerak ke Sunway Putra Mall. Ingat nak sambut dekat mall. Rupanya salah tekaan tuan hamba. Kami hanya makan-makan di Sushi King dan tengok wayang..

Lepas Zuhur barulah acara surprise bermula. Dia kata doa supaya tak hujan, 2-3 hari sebelum birthday ni lagi. Jadi,  aku tekalah mesti sambut outdoor kannnnn? Tapi dia menidakkan, dia cakap untuk ke situ kena jalan sikit (tak boleh percaya sikit dia HAHA). Okay kita layan la.

Kami sampai ke Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur dalam jam 1430H cuaca sangat elok syukur alhamdulillah. Nak dijadikan cerita, Abam Panda punya lawak ni, tak jumpa pulak surprise yang dia set-up tuuuu. Mana pergi la kan, jalan punya jalan ada la dalam 10 minit tak jumpa party planner tu. Hahahahahah. Berlecak jugalah tapi layankan je buah hati sorang ni.



Muka mengantuk sebab tertidur dalam kereta. Tu pegang Teddy Panda (selesa pulak tidur dengan teddy baru ni heee)



Tengok bagaimana Abam Panda mengalihkan perhatian Hakak disini sebab lokasi party planner masih tak dapat dikenalpasti.



Abam Panda sibuk mesej party planner. Hee cuak letuww kita merajuk :p


Lepas tengok map barulah jumpa, rupanya dekat seberang tasik. Masa tu mata dah kena paksa tutup (tutup sendiri tapi curi-curi jugak tengok takut termasuk longkang HAHA)!
Tapi dia cakap tutup je mata sambil pegang Teddy Panda .......

Ku hampir tersungkur. Cis. Boleh pulak dia terlupa nak cakap ada longkang. Nasib baik longkang kecik je, kalau tidak makin teruk kaki ni. Haaaaa. Maka kami sampaiii ke destinasinya. Masha-Allah cantik comel semualah! Selalu tengok Instafamous je yang sambut birthday gini.



Terima kasih sudi layan buah hatimu yang cengeng ini.
(Ya Allah moga kau murahkan rezeki Bazli Hijan)





Seriously, I'm so touched with his effort. Terkejut sangat rasa macam ehh princess princess sangat haritu sebab sambutan yang grand! Berbaloi sangat jalan-jalan dalam taman, sempat OOTD dan dapat kejutan macam ni. Deeb lovin it! Fyi, dia suruh aku pakai attire warna cerah dan kalau boleh pakai kain (sebab dia dah pilih tema White-Gold) untuk hari ni. Tak sangka buah hatiku semanis Pavlova hihi.

Sebenarnya kami sambut sekali anniversary on 13th March, 
kira combine sekali lah dan hadiah untuk anniversary sangatlah Wow!
(Nak nangis tengok harga)

Hint dia adalah : Twist of Fate, Rose 💙

SOOOOOOOOOOOO IN LOVE. Sumpah, aku tak pernah minta hadiah mahal-mahal atau kejutan yang macam ni. Ada la tengok-tengok tapi yang minta-minta macam dekat Twitter or giving hints ke apa ke bukan ambo deh. Hahah! Terima kasih Ya Allah. Moga kau permudahkan urusan kami. Terima kasih kerana hadirkan dia dalam hidupku. Langit sememangnya tidak selalu cerah tapi Insha Allah we're going thru ups and downs together. Till Jannah. Amiin.

***Doakan yang baik-baik untuk kami okay***


Kalau korang nak buat surprise untuk orang yang tersayang area KL,
bolehlah contact party planner ni di Instagram : terkezutbyrk



♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts