Surprise Birthday Party Part 2

by - March 04, 2017

Hiiiiiiii you all~

Part 1 sikit je kan gambar? Tak detail sangat kan?
Kan? Kan? Betul tak?
(Tolonglah setuju sekarang) 😆
So I go with part 2 now! Yeaaaaaaaaaaayyyyyyyy 😜💣

**A DAY BEFORE MY BIRTHDAY**

Abam Panda ni sengaja sakitkan hati aku, Tengok perempuan lain, tak reply mesej. Rasa nak sepak tak? Memang merajuuuuuuuk la cerita dia kan. Lepastu pujuk, bagi hadiah harijadi buku mewarna dengan pensel warna. Serius!


Muka suka dapat buku warna (Johan mewarna kot sekolah rendah dulu) 😂

Keesokannya, kami jalan-jalan ke mall and to the beautiful garden. On the way to the mall also I got surprise! But only card with simple wish💖

(Baca Part 1 dulu kalau baru first time singgah blog kita okay?)

Maka, selepas makan di pusat beli-belah kami ke taman. Sebenarnya, kami dua segan jugak masa di taman tu. Lawak kan? Bazli sendiri pun malu-malu 😸😸😸 padahal dia yang buat surprise ni **tepuk dahi** Aku sendiri? Lagilah teramat segan dengan kakak-kakak party planner kan, ada lah 5, 6 orang netizen lalu lalang dekat situ semua tengok senyum-senyum ada wish Happy Birthday, ada isteri tengok kami lepastu pandang suami (bagi hint eh kak?) HAHA.

Masa kami sambut birthday dekat taman ni, aku tak makan sangat. Nasib baik Abam Panda ni bijak mintak tolong belikan KFC and Sparkling sahaja. Kami dah makan dekat mall sebelum tu, perut pulak sakit masuk angin. **Sakit-sakit pun Sparkling tu habis jugak kita telan kann 🙈** Tak tahulah kenapa, mungkin sebab malam sebelum tu makan lambat kot. Pengajarannya, jangan skip your dinner and take supper instead!!!

Macam-macam surprise dapat hari ni. Antaranya, kad-kad yang banyak dan penuh ucapan manis, Teddy Panda, bunga ros dan cincin daripada Pandora Rose Collection. Yea, I got a ring gais! Alahai, manis sangat laaa I kenot. Sengih sepanjang hari dan juga burpp-ing sebab badan berangin (malu la jugak kan tapi nak buat macam mana? Terimalah seadanya ye awak. HUHU)

Jom tengok gambar-gambar Hiks💋

Sempat lagi perli tuu dalam gambar. Tahulah awok tu tinggi. Ish.


Kami dan seketul ayam KFC 🍗 


Eceh, pandangan menusuk kalbu *melting*

Suka tengok dia senyum macam ni. Ros tu cantik je mengembang, 
tapi Rose Gold di jari lagi mengerlip la. Hehe 
Okay, nanti aku buat entry pasal Rose Gold ni yeaa. Banyak ni nak cerita tapi yang penting sekali terima kasih pencuri hatiku, terima kasih kerana sentiasa berusaha untuk gembirakan seketul Adiki yang cengeng daripada kecik. Moga Allah murahkan rezeki Bazli Hijan dan readers sekalian juga. Amiin.

Tengokk tuuu, kita nak nyanyi dia suruh senyap. HHA!


Tapi satu benda je terlupa, FLATLAYYYYYY!!! Semua gambar daripada angle yang jauh, takda zoom and flaylay langsung. Aish. Takpa apalah, mungkin lain kali eh untuk awak pulak eh? Hahaha

♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts