Mula mula dulu

by - 11/07/2016

Assalamualaikum :)

Apa khabar gaiss? Hope semua in a good condition okay.
Tadi aku ada kemaslah sikit-sikit phone aku. Banyak sangat gambar, screenshots, gambar jawapan untuk exam (nota tau, bukan utk meniru) HAHAHA!

Tetibe *jeng jeng jeng mood suspen* ternampak gambar lama. Waaa banyak kenangan (kenangan pahit semua dah buang kayy, kirim salam nak ada dalam kenangan sis - untuk yang berkenaan) yang terpahat disebalik gambar gambar tu semua. Antaranya gambar dengan buah hati sorang ni.


Kenaboi Adventure Race 2014

See the gap? HAHA. Tengok gap je okay, aku memang rendah tahu dah haaa. Masa tu malu malu lagi tapi orang tu dah melamar untuk jadi partner lari......je. Oh ni sebelum acara larian bermula. Malam sebelum tu, sampai je dekat Kenaboi rasa nak demam. Aduh! Penyakit apa entah pergi jalan lama-lama dekat tempat baru je rasa nak demam. Tak mungkin la homesick. Pls not pls.

Maka dipendekkan cerita, malam sebelum adventure race memang demam betul-betul. Masa tu pulak tengah musim hujan agaknya. Renyai-renyai je. Nak tidur pun tak selesa. Sobs.

Tapi ada seorang hero ni datang, bagi ubat dengan sleeping bag. Ya Allah. Beruntung sangat masa tu Tuhan je tahu. Siapa bagi? Hee. Mestilah budak dalam gambar kat atas tu. Jatuh hati jugaklah masa tu sebab daripada dalam kelas lagi perhati. Eh kantoi. Hahaha. Dulu senyap je dalam kelas (sebab takda geng kot) tapi senyap-senyap dia boleh tahan bijak. Ada sekali tu kuiz kot. Dah blank sangat tak tahu jawapan, dia rampas kertas kuiz daripada tangan aku lepastu pulangkan dengan jawapan. Errr, tersentuh gak la. Terima kasih budak botak (junior tahun 1 kan dulu).

Nak tahu junior apa?

Next entry aku cerita okay?





"Bagi sebab tak nak kau demam esok je. Macam mana nak lari nanti~"


Ye ah ye ahhh. Padahal malu nak mengaku minat kita enn. K layan.

Maka berlarilah kami pada pagi itu sejauh 21km. Patutnya 18km je tapi disebabkan semalam hujan dan air sungai naik, maka acara tubing dibatalkan (kena la larii fuhhhhh pewai mak).

Nombor yang kami dapat? Duh,tak ingat doee. Sebab kenangan dengan dia lagi penting. Cia cia cia. Tapi dapat la medal, means bawah masa yang ditetapkan. Nah, aku belanja video sepukul.







♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

1 thoughts