Super Junior Life

by - 11/10/2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang!

Rasa excited blog dah makin nampak normal, you know the feeling when some of the bar does't suit with the length of your header or whatsoever. That doesn't make me feel good by looking at my own blog. Sakit mata nyah tauu. But now dah okay, fixed well with just a few research. Alhamdulillah!

Aku ada janji kan nak cerita pasal junior dalam entry lepas. Jadi, hari ni aku akan kotakan janji aku. Ecececeehh, kemain kotakan. HHA! 

4 tahun lepas pada tanggal 20 Mei 2012 aku sah menjadi salah seorang anggota (  fill in the blank  ) di sebuah universiti dalam Malaysia. Anggota apa? Rasanya yang kenal aku, tahu aku ni siapa. Yang tak kenal tak apa, biarlah rahsia dulu buat sementara ni. Maka apabila masuk ke dunia baru, automatik menjadi junior kepada abang-abang dan kakak-kakak yang lebih lama menuntut di situ. Setiap hari hidup dalam penuh rasa gerun kepada senior. Ada yang tak mengacau tapi boleh kira dengan jari. Junior sekarang? Hahaha, situasi macam terbalik dah pun ada. 



Hidup sebagai junior (zaman aku dan yang sebelumnya) amat mencabar lagi-lagi kalau korang menuntut di institusi yang berteraskan kepimpinan autokratik atau kuku besi. Gituh! Haaa, korang tekalah dekat mana aku study okay. Berbalik kepada topik utama kita "junior" ni, setiap junior lelaki mestilah berambut pendek (nombor1 kalau tak silap aku, student perempuan ada spek tersendiri). Abang botak aku pun tak terlepas daripada peraturan ni. Makin bertambah senior, makin berkuasa, makin panjang rambut dan makin bergayalah seorang demi seorang tambahan pula memakai uniform. Muka pecah rumah pun jadi hensem kejap. Kan? HAHA.

Masa zaman asasi dulu, secara jujurnya aku tak berapa hafal muka skuad sendiri. Nampak sama je daripada semua sudut sebab tinggi lebih kurang, sama botak, sama gelap. Hamik kau jujur gila kan? Kalau yang berisi sikit, rendah sikit atau orang panggil rare species ni mungkin aku ingatlah. 

Sepanjang setahun aku belajar di institusi tu, aku tak pernah nampak dia dekat situ. Pertama kali aku jumpa dia, semasa aku menumpangkan roommate aku dan dia untuk ke universiti daripada pekan. Lepas tu, aku tak pernah jumpa dah sehinggalah pada Tahun 1(Degree) aku ditempatkan dalam kelas yang sama dengan dia. Kami tak pernah bertegur sapa sebab gosshhh berlagak gila kot mamat ni. Tapi aku tak tahu cerita tentang dia. Siapa dia. Itulah aku dulu, judging before knowing the facts. Maaf ya.





Everyone has their own story, be kind
-Adiki





Kayy, nak jugak buat quote sendiri kan. HAHAHAHAH!




♥ Thanks for reading♥

You May Also Like

0 thoughts